UJIAN DALAM HIDUP MANUSIA

” Kita harus benar-benar insaf bahawa penderitaan dan keresahan jiwa akan terus memburu andainya kita tidak menyerahkan hidup dan mati kita kepada Allah. Mengadu hanya kepada Allah jika berhadapan dengan sebarang masalah atau ujian dalam hidup. Semua makhluk mesti tunduk pada segala ketentuan Allah.

 

Tidak seorang pun yang berhak menentukan rezeki seseorang melainkan Dzat yang memberikan rezeki itu sendiri. Memohon kepada Allah, Tuhan yang Maha Penyayang, Maha Mengasihi, Maha Mendengar lagi Maha Agung. Allah Ta’ala-lah yang mendatangkan sebarang masalah atau ujian buat seseorang manusia itu mukabumi ini. Bila-bila masa sahaja, DIA boleh menarik balik ujian tersebut daripada siapa yang dikehendaki-NYA.

 

Serahkan diri kepada Allah dan yakin dengan sepenuh hati bahwa sebarang masalah hidup yang menimpa kita, hanya Allah Ta’ sahajalah yang boleh menyelamatkannya.

 

Tuhan Semesta Alamlah yang tahu tentang selok belok diri, sehinggakan apa yang terlintas dalam hati kecil pun Allah Ta’ala Maha Tahu.

 

Tidak akan mendapat untung apa-apa pun kiranya kita mengadu kepada manusia, makhluk yang sejenis dan lemah seperti kita juga kerana manusia adalah ciptaan Tuhan, ia tidak boleh berbuat apa-apa sekiranya tanpa keizinan-NYA, Allah SWT.

 

Allah SWT mendidik hamba-hamba-NYA dengan ujian demi ujian sama ada berat atau ringan. Berbagai-bagai lagi ujian yang paling berat bagaikan api yang membakar serta lebih dahsyat lagi ditimpakan kepada Nabi-nabi dan Rasul, kemudian Wali-wali serta orang-orang solih yang diuji mengikut keimanan masing-masing.

 Arifbillah(orang-orang arif) ada mengatakan bahawa ujian boleh

menghapuskan dosa atau menaikkan darjat seseorang disisi Allah. Kalau boleh, biarlah kita selalu diuji oleh Allah.

 Sebaliknya kalau jarang-jarang diuji, janganlah berasa senang hati.

Akan tetapi perlu disedari juga, ujian dan nikmat adalah pemberian yang Allah gilirkan secara teratur untuk hamba-hamba pilihan-NYA.

 

Oleh itu, apabila kita ditimpa masalah, anggaplah ianya sebagai ujian kerana sesudahnya adalah nikmat. Sebaliknya apabila diberi nikmat, beringatlah bahawasanya sesudahnya pasti ada ujian yang menanti.” 

WALLAHUA’LAM 

2 Respons to “UJIAN DALAM HIDUP MANUSIA”

  1. Yaz Okulu Says:

    does anyone knows if there is any other information about this subject in other languages?

  2. Bard Says:

    So, if no one know about this information, I always Pray To God hope they will open their eye and be more harmony to each other.

    Oh.. what a wonderful World I’m leaving now is..

    ALLAH O Mithy God..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s


%d bloggers like this: